Thursday, June 9, 2011

BIMBINGAN & KAUNSELING

VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.

MISI
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong serta membantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat madani melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan, beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

FALSAFAH

Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani. Pendekatan kolaboratif antara guru, pelajar dan ibubapa dalam perkembangan emosi, kognitif, tingkahlaku serta aspek kerohanian pelajar merupakan elemen penting kearah melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang duniawi dan ukhrawi.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
OBJEKTIF AM
  1. Memberi khidmat penyuburan dan pengkayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar
  2. Memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan para pelajar daripada terbabit dalam perbuatan salahlaku, tidak berdisiplin, penyalahgunaan dadah, merokok, tingkahlaku memusnah, perasugut, terlibat dengan pertubuhan haram dan tingkahlaku anti social yang lain
  3. Memberi perkhidmatan bersifat pemulihan (remedial) bertujuan mengorientasi semula pelajar yang bermasalah peribadi, akademik, social dan kerjaya supaya pelajar mampu menghadapi dan seterusnya dapat menangani permasalahan mereka dengan keupayaan dan kemampuan yang ada pada mereka sendiri
  4. Memberi khidmat kaunseling individu dan kelompok kepada pelajar yang memerlukannya untuk melatih dan membiasakan diri mereka kea rah perkembangan diri dan kesihatan mental yang lebih sihat

OBJEKTIF KHUSUS
  1. Pelajar mengenali diri dan memahami diri sendiri dengan lebih mendalam
  2. Menyemai sikap ingin berusaha agar dapat menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan diri sendiri
  3. Menggalakan pelajar mendapat bimbingan dalam menyelesaikan masalah berhubung dengan akademik, emosi, social, kerjaya, pendidikan dan keluarga
  4. Mendidik pelajar agar mampu bertindak bijak dan tegas seterusnya dapat membuat justifikasi dengan adil
  5. Membina sikap keterbukaan dikalangan pelajar agar dapat bertindak dengan lebih rasional
  6. Memupuk pekerti pelajar agar berdisiplin dan beakhlak mulia

1 comment:

  1. Gambling | Casino | DMCD
    Gambling is a social gambling 통영 출장안마 problem created by the National Council on 진주 출장마사지 Problem Gambling. The purpose of this service 군산 출장안마 is to provide you with 안성 출장샵영천 출장샵 Rating: 4.4 · ‎2,800 reviews

    ReplyDelete